Asma binti Abu Bakar
Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang
berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya
tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang dan kecerdasan
berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut
Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah. Asma’, termasuk
kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh
dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.
Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada
mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain”
yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.
Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung
makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong
ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi
untuk mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda
berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat
pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.
Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari
golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian,
Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya suaminya sibuk
menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat dan menumbuk
biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya, Allah
menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin
Zubir.
Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia
mempunyai sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah, cerdas,
pantas dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.
Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi Khalifah menggantikan
Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan
Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan
Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin
Zubir. Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu, Abdullah
bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.
Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani
Umaiyah.Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah binZubir
undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saatsebelum
kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya. Ibunya bertanya,”Mengapa
engkau datang ke sini, padahal batu besaryang dilontarkan pasukan Hajjaj kepada
pasukanmu menggetarkan seluruhkota Makkah? “Aku datang hendak meminta nasihat
daripada ibu,” jawab Abdullah dengan rasa hormat. “Mengenai apa?” tanya Asma’
lagi. “Tentera aku banyak yang belot.Mungkin kerana takut kepada Hajjaj atau
mungkin juga merekamenginginkan sesuatu yang dijanjikan.
Tentera yang ada sekarangnampaknya tidak akan sabar bertahan
lebih lama bersama aku. “Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan kepadaku
apa sajayang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku bersedia
meletakkansenjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan
sebagaiKhalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah. Asma’ menjawab
dengansuara tinggi,”Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau
sendiriyang lebih tahu tentang dirimu. ”Apabila engkau yakin dalam kebenaran,
maka teguhkan hatimu sepertitentera engkau yang gugur.
Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan dunia, tentu engkau
seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau mencelakakan diri sendiri, menjual
murah sebuah kepahlawanan.”
Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang
kecewa. Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan
panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana rasa
hormat dan kasih kepadanya. “Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,”kata
Abdullah lembut. “Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri
kepadaHajjaj.
Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah dengan
memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,”kata ibunya tegas. “Aku
tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan
merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah lagi. “Tidak ada apa
yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup terhadap orang mati. Bukankah
kambing yang disembelih tidak merasa sakit lagi ketika disiat?” jawab Asma’.
“Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang sesat,” sambung Asma’ lagi.
“Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk melakukan perbuatan
keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku bukan pengecut dan aku lebih
mengutamakan keredhaan Allah dan keredhaan ibu,” ucap Abdullah bersemangat.
Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk
mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati
syahid menemui Allah.
***
0 komentar:
Posting Komentar