Kisah Cinta Abu Mubarak
Inilah kisah indah percintaan seorang tabi’in mulia. Namanya
Mubarak.
Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana
keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja pada seorang
kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai
penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi
semua temannya dan penduduk di sekitar kebun.
Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata: “Mubarak,
tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!”
Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Ia memetikkan beberapa
buah dan membawanya pada Tuannya. Ia menyerahkan pada Tuannya. Majikannya mencuba
delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang
dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Ia mencuba satu persatu dan
semuanya tidak ada yang manis dan masak..
Pemilik kebun itu gusar dan berkata: ”Apakah kau tidak dapat
membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang
masam?”
“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan
delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab
Mubarak.
“Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di weesini dan menjaga
kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum
merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah
merasa dipermainkan.
“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah
delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi
izin pada saya untuk memakannya?” lirih Mubarak.
Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak
langsung percaya begitu saja. Ia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak
dan tetangga disekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya
mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga tetangganya.
Seorang temannya bersaksi: “Ia seorang yang jujur, selama ini
tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja
disini bererti itu benar.”
***
Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun.
Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.
Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:
“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah
pun selama menjaga kebun ini?”
“Benar Tuan.”
“Berilah aku alasan yang boleh aku terima!”
“Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku apa
tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan
mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku
boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak
dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang
jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”
“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?”
“Ya, meskipun delima yang jatuh ditanah. Sebab itu bukan
milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh
memakannya.”
Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh
dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata, “Hai
Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku
mengahwinkannya dengan siapa?”
Mubarak menjawab: “Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya
dengan seseorang kerana harta. Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan
orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim
mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda
tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu
dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”
Pemilik kebun berkata: ”Aku rasa tak ada orang yang lebih
bertakwa darimu.”
Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan
Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan
cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya. Dengan kejujuran dan
ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah SWT. Ia hidup dalam
syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki
yang diberi nama“Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan
“Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama di kalangan
tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai ahli hadis, Imam Abdullah
bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya
banyak diakui ulama pada zamannya.
Inilah Buah cinta yang Berasaskan Ketaqwaan, semoga kita
dianugerahkan cinta yang disertai ketaqwaan.
0 komentar:
Posting Komentar